Sent: Monday, June 15, 2009 3:30 AM
Subject: Kepermergian Khoo Ku - sedih... jangan ketawa ya!!!
Walaupun keputusan saudara kita encik Khoo yang akan meninggalkan kita adalah muktamad, tetapi saya yakin ia masih perkara yang agak susah bagi kita untuk menerima pada seketika ini. Perwatakan beliau memang sudah lamanya tertanam dalam hati kita dengan senyuman pada mukanya yang ada dengan sedikit lubang, mata yang sepit bila ketawa dan suara yang lantang bila bercakap.
Hati siapakah yang tidak rasa keberatan dan sedih bila melihat kawan-kawan kita semua yang ngam gila pergi satu demi satu. Dengan mula-mulanya Ganga, Lim Chia Ching, Kamarul Azwan, Won Hon Kiew, Aw Yoong Choon dan disambung dengan Khoo Ku dan seterusnya dengan Chin Chin... walau yeh bueh tahan, semua chaw, chaw kaliaw... betul-betul kanena susah nak diterima...
Kesimpulan tetapi bukannya akhir kata, marilah kita semua berdoa semoga mereka yang pernah wujud dalam sejarah kita ini dapat kehidupan yang lebih bagus dan bermakna. Kepermergian mereka ini bukan tandanya berakhirnya persahabatan kita, malah ia adalah satu ujian dan biar kita pastikan ia adalah satu takdir bagi kita semua supaya untuk berjumpa lagi. Biarlah kita yang menentukan takdir. Semua yang terbagus dan nasib yang bagus.
Saya akan mengadakan satu upacara makan malam untuk Khoo kita pada hari Rabu yang akan datang. Kedatangan kamu semua adalah dialu-alukan. Sila memberi jawapan kamu samaada akan ataupun tidak menghadiri makan malam tersebut. Sila hantar surat ini kepada sesiapa yang berkenaan yang tiada dalam perjemputan ini. Salam sejahtera dan pergilah kau bekerja sekarang. Bersurai...
Best Regards,
Dennis Tan
HR Department - LSS Black Belt